Sunday, 25 May 2014

Kek Coklat Lembab (Kukus)

RESEPI

Bahan-bahan A
* 1 cawan gula pasir - 3/4 cwn pun dah cukup
* 1 cawan serbuk koko
* 1 cawan susu cair - susu segar pun boleh
* 1 cawan susu pekat
* 1 cawan minyak masak
* 1 sudu kecil serbuk nescafe
** Semua bahan A digaul sebati dan dimasak atas api perlahan sehingga gula larut. Matikan api dan rehatkan sekejap bila dah sebati.

Bahan-bahan B
* 3/4 cawan tepung gandum
* 1 sudu kecil (sudu kfc) soda Bikarbonat
* 1 sudu kecil (sudu kfc) Baking Powder

Bahan-bahan C
* 4 biji Telur - diblender or pukul hingga kembang

CARA-CARA
1. Satukan Bahan B dan Bahan C ke dalam Bahan A secara berselang seli dan gaul dgn senduk sahaja.
2. Bila dah sebati masukkan ke dalam loyang yg digris & lapik dgn kertas minyak.
3. Kukus 1 jam or hingga masak.
JANGAN BUKA PENGUKUS SEMASA PROSES KUKUS 45 YG PERTAMA ... takot kek mendap.


No comments:

Post a Comment