Tuesday, 14 April 2015

Sesunggunya Wanita Itu Dilindungi.....Buat Anak dan Isteriku.....


"Wahai wanita, segala-galanya yang dicipta Allah SWT berharga di dunia dilindungi dan sukar untuk kita dapat.

Di manakah kita boleh dapat berlian?
Jauh ke dalam tanah, ditutup dan dilindungi.

Di manakah kita boleh dapat mutiara?
Jauh di bawah lautan, ditutup dan dilindungi dengan cangerang yang indah.

Di manakah kita boleh dapat emas?
Jauh ke dalam lombong, ditutup dengan lapisan dan lapisan batu.

Kita perlu bekerja keras untuk mendapatkannya. "

"Tubuhmu suci wahai anakku, isteriku . Kamu jauh lebih berharga daripada berlian dan mutiara, dan harus ditutupi dan dilindungi juga."


Monday, 8 September 2014

Friday, 5 September 2014

CADANGAN MEMBELI RUMAH KEDUA

PROPOSAL PERTAMA
LOKASI : KULIM HI-TECH
KOS : RM 165,000.00


KEPUTUSANNYA.....
RUMAH NI PUN X JADI AMBIL JGK SEBAB ADA BUYER LAIN POTONG JALAN.


PROPOSAL KEDUA
LOKASI : KULIM HI-TECH
KOS : RM 185,000.00


KEPUTUSANNYA.....
RUMAH NI PUN X JADI AMBIL JGK SEBAB ADA BUYER LAIN POTONG JALAN. LAGIPUN SALES GIRL NI KURANG AJAR. DH LA KITA BUYER, SIAP HINA2 KITA PLK....

PROPOSAL KETIGA
LOKASI : KULIM HI-TECH
KOS : RM 185,000.00


KEPUTUSANNYA......
X JADI BELI SEBAB OWNER DIN DONG TERLALU LAMA NK DECIDE SAMADA NK JUAL ATAU X. LAST2 AKU DECIDE X NK AMBIK RUMAH NI SEBAB BILIK-BILIKYA KECIK.....BUKAN REZEKI KOT....

PROPOSAL KEEMPAT
LOKASI : KULIM HI-TECH
KOS : RM 170,000.00


KEPUTUSANNYA......
INI PUN X JADI SEBAB ADA PILIHAN LAIN.....HE3...

Sunday, 25 May 2014

Kek Coklat Lembab (Kukus)

RESEPI

Bahan-bahan A
* 1 cawan gula pasir - 3/4 cwn pun dah cukup
* 1 cawan serbuk koko
* 1 cawan susu cair - susu segar pun boleh
* 1 cawan susu pekat
* 1 cawan minyak masak
* 1 sudu kecil serbuk nescafe
** Semua bahan A digaul sebati dan dimasak atas api perlahan sehingga gula larut. Matikan api dan rehatkan sekejap bila dah sebati.

Bahan-bahan B
* 3/4 cawan tepung gandum
* 1 sudu kecil (sudu kfc) soda Bikarbonat
* 1 sudu kecil (sudu kfc) Baking Powder

Bahan-bahan C
* 4 biji Telur - diblender or pukul hingga kembang

CARA-CARA
1. Satukan Bahan B dan Bahan C ke dalam Bahan A secara berselang seli dan gaul dgn senduk sahaja.
2. Bila dah sebati masukkan ke dalam loyang yg digris & lapik dgn kertas minyak.
3. Kukus 1 jam or hingga masak.
JANGAN BUKA PENGUKUS SEMASA PROSES KUKUS 45 YG PERTAMA ... takot kek mendap.